Foto Facebook Persatuan Bolasepak Selangor
AGENDASUKANKINI

Gombak FA menang Liga Juara Selangor

SHAH ALAM, 10 DIS: Pasukan Gombak FA muncul pemenang Liga Juara Selangor (SCL) 2023 selepas menewaskan Kg Bharu Boss 1-0 dalam aksi di Stadium Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), malam tadi.

Gol kemenangan Gombak FA dijaringkan Qamarul Ariffin pada minit ke-50. Pasukan Kg Bharu Boss juga terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Mohd Amin dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran pada minit ke-61.

Trofi kemenangan disampaikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah yang juga Pengerusi Selangor FC.

SCL 2023 menyaksikan 16 pasukan berentap dalam saingan yang bermula 30 September lalu.

Berdasarkan format pertandingan, lapan pasukan dalam setiap kumpulan bermain dalam tujuh perlawanan dan empat pasukan teratas akan layak ke suku akhir.

Memasuki edisi ketujuh, SCL yang diilhamkan Tengku Amir Shah disertai lebih 500 pemain membabitkan 63 perlawanan.

Kejohanan tahun ini turut menawarkan hadiah wang tunai RM14,000 untuk juara manakala naib juara akan menerima wang tunai RM8,000.


Pengarang :