Antara usahawan yang terlibat dalam Kelas Strategi Super TikTok di RHR Hotel Kajang selama dua hari bermula 21 Ogos 2023. Foto Yayasan Hijrah Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hijrah Selangor sedia bantuan modal niaga menerusi skim i-Bisnes hingga RM50,000

SHAH ALAM, 3 DIS: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada usahawan yang berhasrat melebarkan perniagaan.

Pembiayaan menerusi skim i-Bisnes itu membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana mendapatkan modal pusingan perniagaan dengan kelayakan dan dokumen permohonan yang mudah, cepat serta tidak membebankan.

“Pembiayaan skim i-Bisnes ini terbuka kepada semua sektor perniagaan. Layari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut,” kata Hijrah Selangor menerusi Facebook.

Permohonan secara dalam talian boleh dibuat menerusi pautan http://mikrokredit.selangor.gov.my/

Berikut antara syarat kelayakan  pembiayaan skim i-Bisnes :

  • Warganegara Malaysia
  • Penduduk atau pemastautin Selangor
  • Mengundi di Selangor
  • Berumur 18 hingga 65 tahun
  • Perniagaan sudah beroperasi
  • Mempunyai lesen atau permit niaga sah

Sejak awal penubuhannya pada 2015,  Hijrah Selangor menawarkan pelbagai skim pembiayaan seperti Skim i-Bisnes, Skim Zero to Hero; Skim Go Digital dan Skim Pembiayaan Niaga Darul Ehsan (NADI).

Selain itu Hijrah turut menyediakan Skim i-Lestari, Skim i-Agro dan Skim i-Bermusim bagi membantu dari segi modal serta mengembangkan perniagaan usahawan.

Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) merasmikan i-Lestari, i-Agro dan i-Bermusim ketika Majlis Pelancaran Skim Baharu Hijrah Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 27 Oktober 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Belanjawan Selangor 2023 memperuntukkan RM130 juta bagi membolehkan Hijrah menambah baik skim serta membantu pembangunan usahawan.


Pengarang :