Orang ramai membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran pada program Jualan Ehsan Rahmah DUN Bukit Antarabangsa di Dewan MPKK Kampung Sri Tanjung, Kampung Melayu Ampang pada 27 Ogos 2023. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI.
AGENSISELANGOR

Ijok, Teratai, Selat Klang lokasi jualan murah esok

SHAH ALAM, 19 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan lagi ke tiga lokasi esok, bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

PKPS menerusi Facebook memaklumkan program dijadual berlangsung di Pusat Desa Kampung Parit Mahang (Ijok), Foodcourt Teratai (Teratai) dan Lot 25057, Lorong Serampang 1, Jalan Teluk Pulai (Selat Klang).

Jualan murah yang dijenamakan semula daripada Jelajah Ehsan Rakyat diteruskan hingga bulan ini dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Barangan dijual termasuk ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10/pek), telur gred B (RM10 sepapan), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM13).

Lokasi terkini JER boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR Jadual JER pada imej infografik PKPS atau rujuk pautan linktr.ee/myPKPS.


Pengarang :