Orang ramai mula mengamalkan pemakaian pelitup muka bagi mengelakkan penularan Covid-19 terutama di sekitar tempat awam ketika tinjauan pada 12 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

IPT digalak ikut saranan Kementerian Kesihatan tangani penularan jangkitan Covid-19

SHAH ALAM, 18 DIS: Semua institusi pengajian tinggi (IPT) digalakkan mengikut saranan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani penularan jangkitan Covid-19.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan itu termasuk keputusan pembelajaran secara dalam talian atau pemberian vaksin.

“Saya telah pun maklumkan beberapa hari lalu. Apa pun tindakan universiti hendaklah berasaskan oleh KKM. Kita tidak boleh buat keputusan sendiri tanpa merujuk KKM.

“(Mengenai keperluan pemberian vaksin) seperti mana yang disebutkan, kita bergantung kepada KKM,” katanya ketika ditemui pada Pertandingan Akhir Debat Diraja antara Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2023 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.

Penularan Covid-19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes di seluruh negara untuk tempoh 10 hingga 16 Disember lalu berbanding hanya 12,757 kes pada minggu sebelumnya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyarankan rakyat mengambil dos penggalak ketiga terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes yang semakin membimbangkan sejak akhir-akhir ini.


Pengarang :