AGENSISELANGOR

Jais lanjut permohonan masuk tingkatan satu hingga 31 Disember

SHAH ALAM, 11 DIS: Permohonan kemasukan pelajar tingkatan satu ke sekolah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi tahun 2024 dilanjutkan sehingga 31 Disember.

Menurut agensi itu, permohonan membabitkan Sekolah Agama Menengah (SAM), Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT), Sekolah Menengah Agama Bestari (Sambest) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (Mits).

“Syarat kemasukan adalah ibu bapa terdiri daripada warganegara Malaysia dan perlu memenuhi syarat kelayakan akademik.

“Selain itu, pemohon pernah bersekolah di Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI), Sekolah Rendah Agama (SRA), Kelas Al Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) Sekolah Rendah Islam (SRI) dan Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII),” katanya di Facebook.

Sebelum ini, permohonan kemasukan ke sekolah terbabit dibuka dari 7 hingga 22 Disember melalui pautan https://esekolah.jais.gov.my.


Pengarang :