BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Johan Raja Lawak, Didi & Friends meriahkan karnival anak sihat Sabtu ini

SHAH ALAM, 21 DIS : Pelawak Johan dan maskot Didi & Friends bakal memeriahkan Karnival Anak Selangor Anak Sihat pada Sabtu ini di Kolej Tingkatan Enam Seksyen 24, di sini.

EXCO kesihatan awam berkata karnival anjuran Kerajaan Negeri, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Dewan Undangan Negeri Batu Tiga dijadual bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari.

“Pelbagai pengisian menarik disajikan kepada pengunjung antaranya sesi ‘Meet & Greet’ maskot Didi & Friends dan pelawak Johan, kaunseling pemakanan dan minda sihat serta pameran kesihatan.

“Selain itu, turut diadakan pertandingan pertunjukan fesyen bertemakan kartun, pertandingan mewarna, gusti lengan, demonstrasi chef dan saringan kesihatan kanak-kanak,” kata Jamaliah Jamaluddin.

Ibu bapa dijemput membawa anak mereka bagi memeriahkan lagi karnival yang pasti memberi pendekatan positif berkaitan kesihatan kanak-kanak selain merebut pelbagai hadiah menarik.

Untuk sebarang maklumat, boleh mengikuti Instagram asas.selangor bagi mengetahui lebih lanjut berhubung karnival berkenaan.


Pengarang :