Orang ramai memilih pelbagai barangan pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Kota Kemuning di Dewan MBSA Pulai pada 16 Oktober 2023. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah di enam lokasi termasuk dua pasaraya Segi Fresh hari ini

SHAH ALAM, 31 DIS: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diadakan di empat lokasi hari ini mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Jualan berlangsung di Kompleks Penghulu Mukim Hulu Langat, Kampung Batu 13 (Dusun Tua), Dewan Orang Ramai Taman Gemilang (Dengkil), Dewan Serbaguna Dato Ahmad Razali (Sementa) dan Kampung Melayu Sungai Buloh (Paya Jaras).

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS

 

Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi jualan murah di dua cawangan pasaraya Segi Fresh iaitu di Sungai Udang, Klang serta Bandar Tasik Puteri, Rawang.

“Inisiatif jualan ini melibatkan kerjasama PKPS serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Selangor bagi meringankan beban komuniti setempat terutamanya golongan B40.

“Keperluan harian dijual dengan harga berpatutan berbanding pasaran selain memudahkan akses penduduk mendapat produk berkualiti dan barang basah segar,” katanya.

Produk ditawarkan antaranya ayam mentah RM7.49 sekilogram, daging kiub (RM10/pek), siakap (RM7 seekor), telur gred D (RM10 sepapan), tepung gandum (RM2/pek) dan minyak masak 5kg (RM25).

 


Pengarang :