Suasana Sunway Lagoon ketika tinjauan pada 29 Jun 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Jumlah pelancong di Selangor cecah 4.8 juta setakat September

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 27 DIS: Jumlah kedatangan pelancong tempatan dan asing di Selangor mencecah 4.8 juta antara Januari hingga September tahun ini, dengan beberapa daerah menjadi tumpuan.

Pengurus komunikasi korporat Tourism Selangor berkata Petaling menerima pengunjung tertinggi sekitar 2.8 juta berikutan tarikan gastronomi seperti kafe dan pusat membeli-belah.

“Daerah lain seperti Hulu Selangor juga menerima peningkatan pelancong sebanyak 244.9 peratus atau 58,353 orang dan Kuala Selangor sekitar 181 peratus atau 48,660.

Bandar Sunway yang terkenal sebagai sebuah kawasan pelancongan di Bandar raya Subang Jaya dilengkapi pusat membeli-belah Sunway Piramid, Sunway Resort Hotel and Spa, Pusat Perubatan Sunway dan Universiti Sunway. Foto ihsan Sunway

“Kedua-dua daerah ini antara yang mula menerima kunjungan pelancong tinggi bagi tahun ini,” kata Ahmad Nazri Tashriq Rahmat ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah pelancong domestik dari Kuala Lumpur, Johor, Perak dan Pahang menyumbang 38 peratus kedatangan, sementara pelancong luar seperti China, Jepun dan India (46 peratus).

Sebelum ini, EXCO Pelancongan Dato’ Ng Suee Lim memaklumkan Selangor merekodkan 2.9 juta pelawat dalam tempoh suku kedua tahun ini dengan hasil perbelanjaan RM21.9 bilion.

Pada 2022, Selangor berjaya mengekalkan rekod nombor satu jumlah kedatangan pelancong domestik dengan catatan 22 juta, jauh lebih tinggi berbanding negeri lain.

Angka itu sekali gus mengatasi Kuala Lumpur di tempat kedua dengan mencatatkan 16.9 juta pengunjung diikuti Sarawak (15.5 juta), Perak (14.6 juta) dan Pahang (13.2 juta).

 


Pengarang :