Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menaiki perahu menuju ke pentas utama pada majlis perasmian Karnival Ban Canal 2023 di Parit 14, Sabak Bernam pada 10 Disember 2023. Foto: FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Karnival Ban Canal bakal disenarai acara eko-pelancongan, pemangkin pertumbuhan ekonomi tempatan

SABAK BERNAM, 10 DIS: Karnival Ban Canal bakal menjadi salah satu acara eko-pelancongan dalam kalendar tahunan Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).

EXCO Kemajuan Desa Datuk Rizam Ismail berkata infrastruktur terusan Ban Canal sepanjang 30 kilometer bukan sahaja menyediakan sistem pengairan untuk sawah padi tetapi turut menjadi destinasi riadah bagi komuniti tempatan.

“Kalau kita lihat di negara maju seperti di Eropah, kebanyakan bandar atau pusat ekonomi setempatnya dibangunkan di tepi laut atau Ban Canal seperti ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melihat acara perahu tradisional di Karnival Ban Canal 2023 di Parit 14, Sabak Bernam pada 10 Disember 2023. Foto: FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Oleh itu, saya nampak potensi untuk Ban Canal ini menjadi salah satu pemangkin pertumbuhan ekonomi tempatan di bawah inisiatif SABDA ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Karnival Ban Canal 2023 yang dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari di Parit 14, Simpang Lima di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama Rizam berharap karnival itu juga dapat dimasukkan di dalam Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 sekali gus mengetengahkan keindahan alam semula jadi Sabak Bernam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan burung Tekukur selepas majlis perasmian Karnival Ban Canal 2023 di Parit 14, Sabak Bernam pada 10 Disember 2023. Foto: FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Saya lihat melalui penganjuran aktiviti sukan air seperti perahu naga ia sangat bagus dalam memupuk semangat perpaduan dan kerja berpasukan antara peserta dan penduduk selari dengan matlamat Gagasan Rumpun Selangor.

“Saya turut berhasrat menambah satu lagi aktiviti iaitu pertandingan bot laju atau ‘drag racing speed boat’ seperti di Thailand. Dengan cara ini ia dapat meningkatkan penyertaan peserta pada masa depan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 10,000 pengunjung memeriahkan Karnival Ban Canal 2023 sepanjang tiga hari berlangsung sejak Jumaat lalu.

Acara kayak antara aktiviti Karnival Ban Canal 2023 di Parit 14, Sabak Bernam pada 10 Disember 2023. Foto: FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan kayak, maraton kayak, reka cipta bot, sukan rakyat seperti lumba perahu, tarik perahu dan rakit berhias.

Turut diadakan pertandingan larian bendang, aktiviti mendaki tembok tiruan, ‘flying fox’, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak Tadika Kemas dan sesi bertemu pasukan utama Selangor FC.

Acara perahu tradisional antara aktiviti yang diadakan di Karnival Ban Canal 2023 di Parit 14, Sabak Bernam pada 10 Disember 2023. Foto: FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :