Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad menerima pingat emas dalam Anugerah Laporan Korporat Tahunan (NACRA) Kebangsaan 2023 kali keempat berturut. Foto Instagram kps_sustainability
AGENSISELANGOR

KPS ungguli Anugerah Laporan Korporat Tahunan Kebangsaan 2023

SHAH ALAM, 4 DIS: Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad menerima pingat emas dalam Anugerah Laporan Korporat Tahunan (NACRA) Kebangsaan 2023 bagi kategori syarikat dengan permodalan pasaran kurang RM2 bilion.

Menurut Instagram kps_sustainability kemenangan kali keempat berturut sejak 2020 mendorong agensi itu untuk meningkatkan tahap, ketelusan, akauntabiliti dan kecemerlangan dalam pelaporan korporat.

“Kami berbesar hati atas pengiktirafan diterima. Ini pertumbuhan berterusan yang memberi dampak positif pada masa akan datang. Syabas, KPS Berhad!,” menurut agensi itu.

NACRA ialah usaha kerjasama antara Bursa Malaysia, Institut Akauntan Malaysia (MIA) dan Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA).

Pengiktirafan itu bertujuan menggalakkan kecemerlangan, menambah baik pelaporan dan pendedahan korporat.


Pengarang :