AGENDANASIONAL

Langgar pengurus bank hingga maut, lelaki dihukum penjara 16 tahun

SHAH ALAM, 7 DIS: Seorang bekas pekerja teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir dalam insiden amuk di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur-Seremban, empat tahun lepas.

Hakim Julia Ibrahim memerintahkan Yew Wei Liang, 45, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 Ogos 2019.

Hakim Julia ketika menyampaikan keputusan itu berkata mahkamah mengambil kira faktor mitigasi yang dikemukakan antaranya latar belakang Yew, kerjasama yang diberikan oleh tertuduh kepada siasatan dan laporan impak keluarga mangsa dalam kes tersebut.

“Pada masa sama, mahkamah juga perlu menekankan kepentingan awam dalam kes seperti ini yang menuntut suatu hukuman berbentuk pencegahan dan pengajaran kepada umum kerana kes bermula dari amukan di jalan raya, didorong rasa amarah dan tidak puas hati serta disumbangkan penggunaaan bahan terlarang hanya mengundang akibat buruk.

“Mahkamah juga mempertimbangkan kenyataan impak daripada keluarga si mati (isteri) dan sesungguhnya kejadian ini adalah satu tragedi yang impaknya mengenai semua pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung,” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :