Antara aksi Selangor FC ketika bertemu PDRM FC dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 17 Disember 2023. Foto Facebook Selangor FC
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Liga Super: Selangor FC tundukkan PDRM FC 3-1

SHAH ALAM, 17 DIS: Selangor FC menewaskan PDRM FC 3-1 dalam aksi terakhir Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Faisal Halim pada minit ke-37, lapor BH Online.

Gol kedua Gergasi Merah diperoleh menerusi kaptennya Brendan Gan pada minit ke-45 yang melakukan tindakan susulan selepas bola tandukan Ayron Del Valle terkena tiang.

Bagaimanapun, PDRM berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-71 apabila pemain import dari Jordan Fadi Awad menyempurnakan hantaran Uche Agba.

Tidak menunggu lama, Selangor terus menghukum PDRM dengan gol ketiga pada minit ke-89 menerusi Richmond Boakye.

Kemenangan itu menyaksikan Selangor yang sudah mengesahkan gelaran naib juara Liga Super lebih awal mengumpul 61 mata keseluruhan hasil daripada 20 kemenangan, satu seri dan tewas lima kali.

Sementara itu, PDRM kekal di kedudukan kelapan mengutip 37 mata selepas merekodkan 11 kemenangan, seri empat kali dan tewas 11 kali dalam 26 perlawanan.

 


Pengarang :