Petugas Rakan Strategik Agihan Fidyah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan set makanan kering kepada salah sorang penerima di Petaling pada 13 Disember 2023. Foto Facebook Mais
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Mais agih dana fidyah RM53,664 kepada 312 penerima di Petaling

SHAH ALAM, 14 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagih peruntukan fidyah berjumlah RM53,664 kepada 312 penerima di daerah Petaling semalam.

Mais menerusi Facebook memaklumkan agihan diberi dalam bentuk kotak makanan asas bernilai RM172 bagi setiap keluarga.

“Sumbangan fidyah Mais berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, mihun, gula, tepung gandum, kicap manis, sardin dan susu pekat manis,” katanya.

Agihan melibatkan kerjasama rakan strategik agihan antaranya Persatuan Wanita Islam Perihatin (Pwip) Lembah Subang dan Sekolah Kebangsaan Subang Bestari.

“Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka,” katanya.


Pengarang :