Petugas Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menyerahkan bantuan makanan kering kepada penerima pada 22 Disember 2023. Foto Facebook Mais
AGENSISELANGOR

Mais agih kutipan fidyah RM160,132 kepada 931 penerima di empat daerah

SHAH ALAM, 23 DIS: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengagihkan kutipan fidyah berjumlah RM160,132 kepada 931 penerima di empat daerah.

Agensi itu memaklumkan agihan fidyah dalam dua hari berasingan di daerah Petaling, Hulu Langat, Klang dan Gombak membabitkan 14 tempat agihan.

“Penerima menerima bantuan berupa set makanan kering seperti beras, minyak masak, bihun, gula, tepung gandum, kicap manis, susu pekat manis dan sardin,” katanya menerusi Facebook.

Tambahnya agihan melibatkan kerjasama daripada rakan strategik fidyah Mais antaranya Masjid Bandar Utama Damansara, Pertubuhan Muallaf India Semalaysia (Mira) dan Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia.

“Selain itu Yayasan Pembangunan Pelajar (YPP) Jalan Kebun, Klang, Masjid Raudatul Mukminin, Klang, Masjid Al Ehsan Sungai Lang Banting, Masjid Sungai Sikamat dan Pusat Jagaan Nur Hasanah Hulu Langat.

“Terima kasih kepada semua pembayar fidyah, semoga sumbangan yang diberikan ini dapat membantu meringankan beban mereka,” katanya.


Pengarang :