Sukarelawan International Relief and Humanitarian Outreach (iReach) menyampaikan pek sumbangan makanan kepada 320 mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Padang Licin, Pasir Mas pada 7 Disember 2023. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Mangsa banjir Pasir Mas kekal 711 orang di empat PPS pagi ini

KOTA BHARU, 9 DIS: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal 711 orang daripada 229 keluarga setakat 10 pagi ini, sama seperti direkodkan malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa berlindung di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’ Deh, menempatkan 338 mangsa daripada 112 keluarga manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (70 mangsa, 21 keluarga).

Di SMK Baroh Pial terdapat 167 mangsa daripada 55 keluarga manakala dan SK Gual Periok menempatkan 136 mangsa daripada 41 keluarga.

– BERNAMA


Pengarang :