PBTSELANGOR

MBPJ lupus perabot, barang lama sempena Krismas, Tahun Baharu Cina

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 14 DIS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjur program pelupusan perabot, alatan elektrik serta pelbagai jenis barangan lama secara percuma sempena sambutan Krismas dan Tahun Baharu Cina .

MBPJ menerusi Facebook memaklumkan program ‘spring cleaning’ bermula 16 hingga 24 Disember dan disambung semula pada 6 Januari hingga 3 Februari depan.

“Barang-barang hendaklah diletakkan di hadapan rumah sebelum jam 10 pagi. Kutipan ulangan tidak akan dibuat sekiranya lewat daripada masa tersebut,” tulisnya.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam MBPJ di talian 03-7954 1440.

Tarikh dan lokasi pungutan:


Pengarang :