PBTSELANGOR

MBSA anjur bengkel seni pada 16 Disember, penyertaan percuma

Oleh NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 12 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Karnival Edu Kreatif MBSA 2023 dengan pelbagai aktiviti menarik pada 16 Disember ini.

Program kelolaan Seksyen Kebudayaan dan Pelancongan, Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA itu diadakan di Dewan Bankuet Wisma MBSA dengan penyertaan percuma, maklumnya di Facebook.

Bengkel yang disediakan adalah asas seni tekstil (Shibori), seni bela diri (silat), nyanyian berkumpulan (koir), pergendangan komuniti, persembahan kontemporari (sarkas moden) dan muzik tradisional (Gamelan Melayu).

Kesemua aktiviti dijadualkan berjalan serentak dan setiap peserta hanya dibenarkan untuk menyertai satu bengkel sahaja.

Mereka yang berminat boleh membuat imbasan kod QR yang tertera pada poster disediakan atau klik pada pautan https://l1nq.com/6Cjui untuk mengisi borang penyertaan.

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan program, sila hubungi 016-3337141 (Encik Amin Fikry) atau https://wa.me/60163337141.


Pengarang :