Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Aini Ahmad ketika menghadiri Karnival Mini Pembaharuan Lesen Perniagaan MPAJ pada 21 Disember 2023. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ kutip bayaran lesen niaga RM3.3 juta setakat Disember

OLEH NAS NORZIELA NASBAH

SHAH ALAM, 26 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjaya mengutip bayaran lesen perniagaan berjumlah RM3,393,885.80 setakat 19 Disember lalu.

Yang dipertuanya Dr Aini Ahmad berkata kutipan tersebut membabitkan 4,910 premis membuat pembaharuan lesen melalui sistem iCOMM manakala 223 premis secara manual.

“Selain itu, bagi pembaharuan lesen usahawan Mikro 2024 pula, sebanyak 4,087 penjaja memperbaharui lesen melalui sistem E-penjaja dengan kutipan hasil sebanyak RM 500,750.81.

“Pemegang lesen akan dikenakan caj denda lewat RM 360 secara automatik sekiranya memperbaharui lesen selepas 31 Disember ini,” katanya baru-baru ini.

Aini turut menegaskan pemegang lesen diingatkan untuk membuat pembayaran cukai taksiran dan menjelaskan tunggakan cukai taksiran selaras dengan pelaksanaan Sistem Kelulusan Bersepadu (SKB) bagi mengelakkan kegagalan proses tersebut.

“Sebarang rayuan berkaitan pengecualian denda lewat tidak akan dipertimbangkan,” katanya lagi.

Terdahulu beliau turut memaklumkan pembaharuan lesen premis perniagaan akan dilaksanakan secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem iCOMM MPAJ dengan melayari [email protected] manakala bagi pembaharuan lesen usahawan mikro pula boleh dilaksanakan di sistem e-Penjaja intranet.mpaj.gov.my.


Pengarang :