Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Mohd Hasry Nor Mohd berucap ketika majlis minum petang sambutan Ulang Tahun ke-4 Tabung Endowmen MPHS di Fraser Valley, Hulu Selangor pada 26 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPHS peruntuk hampir RM10 juta naik taraf kemudahan awam tahun depan

HULU SELANGOR, 27 DIS: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memperuntuk hampir RM10 juta bagi projek pembangunan dan naik taraf prasarana awam tahun depan demi keselesaan penduduk.

Yang Dipertuanya Mohd Hasry Nor Mohd berkata jumlah itu adalah 10 peratus daripada keseluruhan kutipan hasil iaitu lebih RM96 juta yang dikutip sepanjang tahun ini.

“Kita akan gunakan 10 persen dari rizab jni untuk naik taraf kemudahan merangkumi dewan, jalan, longkang, pasar awam serta tandas.

“Kita mahu cukai dibayar penduduk dapat dikembalikan dengan memberi perkhidmatan lebih baik. Kita mahu sediakan kemudahan sebaiknya,” katanya.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) Mohd Hasry Nor Mohd bergambar bersama peserta selepas majlis minum petang sambutan Ulang Tahun ke-4 Tabung Endowmen MPHS di Fraser Valley, Hulu Selangor pada 26 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau ditemui ketika majlis minum petang sempena sambutan ulang tahun ke empat Tabung Endowmen MPHS di Fraser Valley, di sini semalam.

Pada November Dato’ Menteri Besar mahu semua pihak berkuasa tempatan menumpukan usaha menaik taraf kemudahan asas rakyat pada tahun depan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata PBT perlu menggunakan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada simpanan kewangan bagi tujuan tersebut sekali gus memberi keselesaan kepada orang ramai.


Pengarang :