Foto Facebook MPHuluSelangor
PBTSELANGOR

MPHS sedia tong sampah pukal di 18 lokasi terpilih sempena Krismas

SHAH ALAM, 12 DIS: Warga Hulu Selangor yang mahu membuang perabot lama atau barangan secara pukal boleh menggunakan kemudahan tong sampah Roll On Roll Off (RORO) di 18 lokasi terpilih.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) memaklumkan perkhidmatan yang bermula hari ini hingga 21 Disember disediakan secara percuma untuk penduduk sempena perayaan Krismas.

“Penyediaan tong RORO berkapasiti tiga tan ini ditempatkan di sekitar Hulu Selangor iaitu di Batang Kali, Bukit Beruntung, Bukit Sentosa, Kuala Kubu Bharu dan lain-lain kawasan.

“Sasaran utama lokasi penempatan roro adalah di kawasan komuniti masyarakat dan penduduk yang menyambut perayaan Krismas,” katanya di Facebook.

MPHS memaklumkan sampah pukal yang boleh dibuang termasuk perabot lama seperti almari, sofa, tilam dan katil serta barangan elektrik berupa radio, televisyen, pengecas bateri, telefon bimbit dan sampah kebun.

“Sampah sisa domestik atau sampah dapur seperti sisa makanan adalah dilarang sama sekali untuk dibuang kedalam tong RORO ini.

“Diharap penduduk memberikan kerjasama dengan membuang sampah pukal ke dalam tong RORO yang disediakan bagi memudahkan pihak kontraktor membuat kutipan dan menjaga kawasan sekitar agar dalam keadaan bersih dan selesa,” katanya.

Hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MPHS di talian 03-6064 1050 unutk sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan tong RORO.


Pengarang :