PBTSELANGOR

MPKL tawar 157 petak bazar Ramadan, mohon hingga 2 Februari

SHAH ALAM, 13 DIS: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) membuka 157 permohonan permit tapak bazar Ramadan di tiga lokasi secara dalam talian mulai 12 Disember hingga 2 Februari depan.

Pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menerusi Facebook memaklumkan sebanyak 90 tapak disediakan di bazar Banting, bazar Tanjung Sepat (20 petak) dan bazar Taman Langat Murni (47 petak).

“Permohonan dibuka mulai 12 Disember hingga 2 Februari dan boleh dibuat dalam talian https://etaksiran.mpkl.gov.my atau imbas kod QR di poster tertera,” katanya.

MPKL turut menggalakkan peniaga bazar Ramadan menyediakan platform bayaran tanpa tunai seperti Touch & Go e-wallet, Boost dan QRPay selain meningatkan larangan penggunaan polisterin.

Tambahnya, peniaga juga digalakkan untuk berdaftar dalam platform perniagaan digital iaitu Platform Selangor (PLATS) bagi meningkatkan profil perniagaan masing-masing.

Sebarang pertanyaan hubungi Jabatan Pelesenan MPKL di talian 012-300 4167 atau 03-3187 2825 (sambungan 1704).


Pengarang :