Pengunjung membeli juadah Tepung Pelita Istimewa Paya Jaras di Bazar Ramadan Saujana Utama ketika tinjauan pada 4 April 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPKS buka permohonan permit bazar Ramadan, Aidilfitri bermula 3 Januari

SHAH ALAM, 26 DIS: Majlis Bandaraya Kuala Selangor (MPKS) membuka permohonan permit permohonan bazar Ramadan dan Aidilfitri di 14 lokasi bermula 3 Januari ini.

MPKS menerusi Facebook memaklumkan sebanyak 869 petak untuk bazar Ramadan dan 316 petak untuk bagi bazar Aidilfitri disediakan kepada peniaga tahun depan.

Menurutnya, semua tapak perniagaan bagi bazar Ramadan ditawarkan pada harga bermula RM300 hingga RM400, manakala tapak perniagaan bazar Raya bermula serendah RM150 hingga RM400.

“Permohonan secara dalam talian akan dibuka bermula jam 12 tengahari pada 3 Januari 2024 hingga 17 Januari 2024 di pautan berikut https://ip3ks.mpks.gov.my/

“Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPKS di talian 03-32891439 sambungan 184,” katanya.

MPKS memaklumkan, peniaga yang berminat perlu bebas daripada tindakan kompaun pihak berkuasa tempatan (PBT) selain melampirkan dokumen sokongan diperlukan.

Selain itu, peniaga juga digalakkan berdaftar dengan aplikasi perniagaan dalam talian Platform Selangor (PLATS) serta tambahan bayaran sebanyak RM60 bagi gerai air tebu dan air kelapa.


Pengarang :