Dua maut selepas kenderaan masing-masing dihempap pokok tumbang di Jalan Utama Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang pada 19 Disember 2023. Foto JBPM Selangor
AGENDANASIONAL

Pemandu kereta, penunggang motosikal maut kenderaan dihempap pokok tumbang

AMPANG, 19 DIS: Pemandu kereta dan penunggang motosikal maut selepas kenderaan mereka dihempap pokok tumbang di Jalan Utama Kampung Lembah Jaya Utara, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 3.51 petang itu, pemandu kereta disahkan maut di lokasi kejadian manakala penunggang motosikal meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada 3.51 petang.

“Setakat ini disahkan dua mangsa meninggal dunia adalah lelaki warga tempatan.

“Bantuan di tempat kejadian dilakukan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM),” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Harian Metro.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan telefon mengenai kejadian itu pada 3.51 petang tadi.

Katanya, kemalangan membabitkan kereta Avanza dan motosikal Yamaha 135LC.

“Kerja mengeluarkan mangsa sedang dilakukan,” katanya.


Pengarang :