AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKNS tawar pakej istimewa sempena kempen jualan hartanah di Cyberjaya Sabtu ini

SHAH ALAM, 12 DIS: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menganjurkan kempen program jualan hartanah ‘PKNS Hot Deals’ di Residensi Aurora, Selangor Cyber Valley, Cyberjaya pada Sabtu ini.

Ketua Komunikasi Korporatnya berkata kempen yang bermula 10 pagi hingga 5 petang menawarkan pelbagai promosi dan pakej istimewa bagi projek perumahan berkualiti tinggi membabitkan teres dua dan tiga tingkat.

“Kesemua bakal pembeli hartanah PKNS bakal menikmati pelbagai pakej menarik antaranya yuran guaman Perjanjian Jual Beli (SPA), duti setem ‘Memorandum of Transfer’ (MOT) dan pemasangan barangan ‘Smart Home’ bernilai RM15,000 secara percuma.

“Empat jenis rumah mengikut saiz perumahan berharga antara RM950,000 hingga RM1.5 juta, hampir kesemua kediaman PKNS ini telah siap dibina untuk diduduki dan merupakan pilihan terbaik untuk semua pelanggan kami,” kata Mohd Faizal Dolah.

Beliau menambah tawaran pemasangan barangan ‘Smart Home’ membabitkan dua unit sistem kamera litar tertutup (CCTV) dengan satu ‘TeraByte hard disk’, satu unit ‘keypad’ keselamatan, siren, sensor pintu utama dan alat pengesan asap.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Perunding Hartanah PKNS Zainudin Mohd Nor di talian 019-288 0717 atau layari www.pkns-property.com serta Facebook PKNS Property.


Pengarang :