Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kota Damansara, Petaling Jaya pada 22 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PM solat Jumaat bersama 3,500 jemaah di Masjid Jamek Kota Damansara

PETALING JAYA, 22 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menunaikan solat Jumaat bersama 3,500 jemaah di Masjid Jamek Kota Damansara di sini, sebentar tadi.

Ketibaan beliau sekitar jam 1.10 petang disambut Imam Masjid Kota Damansara Mohammad Nor Salami dan para jemaah.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Damansara Muhammad Izuan Ahmad Kasim.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan jemaah selepas menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Kota Damansara, Petaling Jaya pada 22 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Anwar bersama jemaah kemudian mendengar khutbah bertajuk ‘Jangan Mengundang Persengketaan’ yang disampaikan Imam Mohammad Nor Salami.

Anwar yang berbaju Melayu biru muda kemudian bersalaman dengan jemaah sebelum beredar meninggalkan masjid jam 2.20 petang.

Terdahulu, perdana menteri menikmati makan tengah hari di Nasi Ayam Warisan KD, Kota Damansara bersama Dato’ Menteri Besar, pemimpin setempat dan orang ramai.

Aktiviti makan tengah hari bersama penduduk dan solat Jumaat merupakan program mingguan perdana menteri untuk lebih mendekati rakyat sejak mengetuai Kerajaan Perpaduan pada November tahun lalu.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menghadiri acara makan tengah hari bersama rakyat di Kedai Nasi Ayam Warisan KD, Kota Damansara, Petaling Jaya pada 22 Disember 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :