Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merangkul Anugerah Emas kategori Majikan Pilihan Sektor Awam sempena Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2023 ke-23 di Dorsett Grand Subang, Selangor pada 8 Disember 2-23. Foto Facebook PNSB
AGENSISELANGOR

PNSB raih Anugerah Emas kategori majikan pilihan sektor awam

SHAH ALAM, 10 DIS: Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) merangkul Anugerah Emas kategori Majikan Pilihan Sektor Awam sempena Anugerah Sumber Manusia Malaysia-Antarabangsa 2023 ke-23.

Majlis yang berlangsung di Hotel Dorsett Grand Subang, Selangor pada Jumaat adalah anjuran Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia, kongsi PNSB di Facebook.

Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia ialah ahli Persekutuan Persatuan Pengurusan Sumber Manusia Sedunia & Badan Profesional Sumber Manusia Malaysia.

Program dan pensijilannya kelolaan institut ini telah diiktiraf secara global bermula dari 1976.


Pengarang :