Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Hari Keputeraan ke-78 DYMM Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 14 Disember 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Permaisuri Agong dikurnia Darjah Kerabat Selangor

KLANG, 14 DIS: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menerima Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K) di Balairung Seri, Istana Alam Shah, hari ini.

Darjah kebesaran tertinggi negeri itu dikurniakan sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-78 Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan berangkat pada istiadat itu.

Turut berangkat ke majlis berkenaan ialah pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati kepada Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sempena Hari Keputeraan ke-78 DYMM Sultan Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 14 Disember 2023. Turut berangkat ke majlis berkenaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Hajah Norashikin serta DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Darjah kebesaran itu, yang dizahirkan pada 1961 dikurniakan kepada kaum kerabat Diraja di Malaysia selain raja-raja negara lain sebagai penghormatan dan persahabatan akrab dengan Sultan Selangor.

Sempena sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Sharafuddin pada Isnin lalu, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong mengetuai senarai 97 penerima darjah dan bintang kebesaran.

Sultan Selangor turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Selangor Kedua (D.K.II) kepada Ahli Dewan Diraja Selangor Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj.

Baginda juga menganugerahkan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) yang membawa gelaran Dato’ Seri kepada Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain dan Pengarah Urusan YTL Power International Berhad Dato’ Yeoh Seok Hong.


Pengarang :