AGENDAJENAYAH

Remaja didakwa cuba samun pemandu e-panggilan dituduh di mahkamah esok

SUNGAI PETANI, 2 DIS: Remaja lelaki berusia 13 tahun yang dipercayai cuba menyamun pemandu kenderaan e-panggilan di tepi jalan Taman Keladi, Isnin lalu dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Sungai Petani, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, arahan pertuduhan terhadap remaja itu dikeluarkan mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, remaja lelaki yang menaiki perkhidmatan e-panggilan itu dikatakan cuba mengacu pisau di dada kiri pemandu berusia 65 tahun itu selepas tidak tahan dimaki ketika mengambil semula wang tambang.

Bagaimanapun, pemandu e-panggilan itu sempat merampas pisau dan menggigit tangan remaja terbabit untuk mempertahankan diri sebelum suspek melarikan diri, lapor Berita Harian.

Namun remaja itu berjaya ditahan polis jam 10 malam susulan laporan dibuat warga emas itu pada 8 malam, hari kejadian.


Pengarang :