AGENDAJENAYAH

Remaja tingkatan satu ditahan cabul 14 pelajar lelaki OKU

KEPALA BATAS, 2 DIS: Polis menahan seorang pelajar tingkatan satu bagi membantu siasatan berhubung kejadian mencabul 14 pelajar lelaki golongan orang kurang upaya (OKU) di asrama sebuah sekolah menengah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan ACP, Mohd Asri Shafie berkata remaja lelaki yang juga OKU berusia 13 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada pengetua sekolah tersebut.

“Kesemua mangsa berusia antara berusia 13 dan 14 tahun merupakan pelajar OKU yang mempunyai masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme dan suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya, pihaknya sedang mengesan saksi dan merekodkan keterangan daripada mangsa.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

-BERNAMA


Pengarang :