AGENDANASIONAL

Sultan, Permaisuri ucap Selamat Hari Natal, seru pupuk rasa hormat sesama kaum

SHAH ALAM, 24 DIS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor menzahirkan ucapan Selamat Hari Natal kepada penganut Kristian di seluruh negara.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berharap perayaan itu memupuk rasa hormat menghormati demi mengekalkan keamanan, kemakmuran dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang bangsa serta agama.

“Rakyat juga diharap meraikan perayaan ini dengan mereka yang tersayang selain berkongsi sifat pemurah dan kesyukuran,” titah Baginda di Facebook Selangor Royal Office.


Pengarang :