AGENSISELANGOR

Taman Botani Negara Shah Alam tawar tiket edisi khas sempena tahun baharu

SHAH ALAM, 30 DIS: Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) menawarkan jualan tiket edisi khas sempena sambutan tahun baharu.

Menurut TBNSA, koleksi tiket khas bertemakan botani yang boleh dijadikan penanda buku itu boleh dibeli di kaunter TBNSA mulai 1 Januari 2024.

Ia dijual pada harga RM3 bagi dewasa dan kanak-kanak bukan warganegara serta RM5 bagi dewasa bukan warganegara.

“Jom mulakan tahun baharu 2024 dengan gaya hidup sihat dan riang di TBNSA,” katanya di Facebook, hari ini.

Koleksi tiket edisi khas TBNSA menawarkan tiga pilihan imej fauna tempatan iaitu pokok beruas, pokok kapur dan teratai merah.


Pengarang :