Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (dua, kiri) berkenan menyaksikan perasmian MAF Impact Assessment Report oleh Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Sunway Berhad Tan Sri Jeffrey Cheah pada majlis Gala Riben Merah Yayasan Aids Malaysia 2023 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 1 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tengku Amir Shah berkenan ke majlis gala Yayasan Aids Malaysia

SUBANG JAYA, 2 DIS: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli ke Majlis Red Ribbon Gala Yayasan Aids Malaysia (MAF).

Ketibaan baginda disambut Pengerusi MAF Prof Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman dan Penaung MAF Datin Paduka Marina Mahathir di Sunway Resort Hotel di sini, malam tadi.

Majlis sempena sambutan ulang tahun MAF ke-30 itu berjaya mengumpul dana lebih RM1.8 juta menerusi jualan meja dan sumbangan daripada pelbagai penyumbang.

Adeeba ketika berucap berkata dana itu berperanan dalam menyokong program bagi rawatan penyakit  Virus Kurang Daya Tahan Penyakit (HIV).

“Sumbangan ini akan disalur melalui Skim Bantuan Perubatan dan kita jamin bantuan ini akan sampai dan tertumpu kepada penghidap Aids yang memerlukan.

Pengerusi Yayasan Aids Malaysia (MAF) Prof Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman (empat, kanan) dan Penaung MAF Datin Paduka Marina Mahathir (lima, kanan) bersama penaja bergambar pada majlis Gala Riben Merah Yayasan Aids Malaysia 2023 di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 1 Disember 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Terima kasih kepada penyumbang antaranya Karex Berhad, Berjaya Corporation Berhad, Pertama Digital Berhad dan PEMANDU Associates,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Adeeba menyambut baik kerjasama daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang menyokong untuk membantu penghidap HIV kembali bekerja seiring dengan dasar MAF.

Terdahulu, kira-kira 400 tetamu hadir ke majlis itu terdiri daripada rakan korporat MAF serta penyumbang.

Penonton turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Anuar Zain dan Zahid AF.


Pengarang :