Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail ketika ditemui media di lokasi kejadian tanah runtuh yang menyebabkan 28 keluarga dari 19 buah rumah teres dua tingkat terjejas di Jalan Kemensah Height pada 17 September 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tujuh rumah teres di Puchong dikosongkan akibat tanah runtuh

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Tujuh rumah teres di Jalan Wawasan di Puchong, Selangor terpaksa dikosongkan selepas berlaku tanah runtuh di hadapan sebuah daripada rumah berkenaan, malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tanah runtuh berkenaan pada 7.26 malam tadi melibatkan kawasan seluas 50 meter.

“Tanah runtuh berkenaan menyebabkan kerosakan sebuah kereta jenis Honda yang diletakkan di hadapan rumah, bagaimanapun tiada mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Wan Md Razali sebagai langkah keselamatan, JBPM Selangor telah mengarahkan penghuni tujuh rumah yang berhampiran kawasan tanah runtuh itu mengosongkan segera kediaman mereka kerana pergerakan tanah masih berlaku.

— BERNAMA


Pengarang :