Majlis penyerahan sumbangan wakaf tunai daripada Pengarah Aiman Platinum Sdn Bhd Aiman Firdaus Tan Abdullah dan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar di Plaza Azalea, Seksyen 14, Shah Alam pada 28 Disember 2023. Foto Facebook PWS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Wakaf Selangor terima sumbangan tunai korporat RM30,000

SHAH ALAM, 29 DIS: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menerima sumbangan wakaf tunai korporat daripada syarikat swasta Aiman Platinum Sdn Bhd, semalam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan sebanyak RM30,000 sumbangan wakaf diterima PWS yang disampaikan di Plaza Azalea, Seksyen 14, di sini.

“PWS menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga kerja Aiman Platinum Sdn Bhd di atas sokongan dalam melaksanakan ibadah wakaf ini,” katanya.

Terdahulu, majlis serahan sumbangan disempurnakan Pengarah Aiman Platinum Sdn Bhd Aiman Firdaus Tan Abdullah dan diterima oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar.

Dalam perkembangan sama, PWS menyeru masyarakat untuk terus berwakaf secara lebih mudah dan pantas menerusi laman sesawang https://fpx.wakafselangor.gov.my/.


Pengarang :