Ilustrasi tangkapan penjenayah. Grafik Media Selangor
AGENDANASIONAL

Wanita dirogol bapa angkat dua minggu berturut-turut

SHAH ALAM, 1 DIS: Seorang wanita berusia 19 tahun berdepan nasib malang dirogol bapa angkatnya dua minggu berturut-turut dalam bilik sendiri di perumahan Sungai Tengi Kanan, Tanjong Karang.

Ketua polis daerah Kuala Selangor berkata perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas ibu mangsa berusia 41 tahun mengambilnya dan membuat laporan polis, lapor Berita Harian.

Menurut Superintendan Ramli Kasa, kejadian berlaku sepanjang mangsa duduk bersama suspek berusia 43 tahun dengan kali terakhir dirogol pada jam 1 pagi, 27 Mac lalu.

“Bapa angkat wanita itu masuk ke bilik mangsa lalu merogolnya. Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan mengesahkan dia dirogol,” katanya seperti dilaporkan.

Beliau berkata suspek yang menghilangkan diri ditahan di daerah Seri Alam, Johor pada 26 November dan kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan (KK).

 


Pengarang :