AGENSISELANGOR

Yide sedia pelbagai kaedah permudah infak

SHAH ALAM, 30 DIS: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyediakan pelbagai kaedah bagi memudahkan orang ramai melaksana sumbangan infak.

Yide memaklumkan, antara kaedah tersebut adalah melalui akaun bank korporat Yide dengan nombor akaun 1223 4010 0073 30 (Bank Islam) atau nombor akaun 2626 2500 0114 39 (RHB Islamic Bank).

“Yide juga memperkenalkan sistem infak mudah alih iaitu InfaqYIDE di mana orang ramai boleh terus berinfak hanya menggunakan telefon bimbit.

“Aplikasi InfaqYIDE ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store. Selain itu, terdapat juga kaedah berinfak secara digital lain seperti TULUS, Toyyibpay, Billplz, TouchnGo dan Valuepay,” katanya menerusi Facebook.

Selain itu, katanya, Yide turut menyediakan Kupon Infaq Yatim sepanjang Ramadan dan orang ramai boleh berinfaq melalui amil zakat fitrah yang dilantik Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Agensi itu menambah, penyumbang juga berpeluang berinfak melalui potongan gaji setiap bulan dan layak mendapat penolakan cukai terhad kepada 10 peratus daripada pendapatan agregat bagi individu atau syarikat.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-3345 9900 (Ibu Pejabat) atau Whatsapp di nombor 017-7569478 (Encik Akmal) atau layari laman sesawang di www.yide.com.my

“Bagi permohonan resit rasmi sila emel ke [email protected],” katanya.


Pengarang :