Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang bekas perajurit di sebuah pusat jagaan warga emas, baru-baru ini. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Zakat Selangor tanggung kos jagaan, perubatan bekas perajurit uzur

SHAH ALAM, 30 DIS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyantuni seorang bekas perajurit yang uzur dan berdepan masalah tempat tinggal di sebuah pusat jagaan warga emas, baru-baru ini.

LZS memaklumkan bekas tentera yang berkhidmat sebagai jurutera pesawat tentera itu didapati menghidap penyakit saraf dan sukar bergerak kerana kakinya lemah.

Namun, katanya, semangat juang bekas perajurit yang tidak mahu menyusahkan anak-anaknya masih terserlah dan beliau langsung tidak berputus ada dengan takdir kehidupan.

“Kos bulanan di pusat jagaan warga emas itu tidak mampu ditanggung beliau yang tidak berpencen serta hanya memperoleh bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM250 setiap bulan.

“Rakan-rakan perajurit dan persatuan veteran tentera juga sentiasa mengambil tahu keadaannya dan membantu sekadar yang mereka mampu,” katanya menerusi Facebook.

LZS menambah, manfaat agihat zakat diberikan kepada bekas tentera tersebut menerusi perbelanjaan kos jagaan dan perubatan yang akan ditanggung LZS.

“Semoga manfaat agihan ini dapat meneruskan semangat juang seorang bekas tentera yang dahulunya menjadi tonggak benteng negara,” katanya.

 


Pengarang :