Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad bergambar bersama penerima hadiah pada Majlis Penyampaian Hadiah Utama dan Bulanan bagi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPAJ Tahun 2023 serta penghargaan kepada pembayar cukai taksiran MPAJ terbaik di Pusat Konvensyen MPAJ pada 27 Januari 2024. Foto Ihsan Majlis Perbandaran Ampang Jaya
PBTSELANGOR

116 pembayar cukai taksiran MPAJ menang hadiah cabutan bertuah bernilai RM300,000

SHAH ALAM, 29 JAN: Seramai 116 pembayar cukai taksiran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memenangi cabutan bertuah melalui kempen ‘Jom Bayar Cukai Taksiran MPAJ’ 2023 bernilai lebih RM300,000.

MPAJ dalam kenyataan berkata 45,721 akaun dipilih menyertai cabutan bertuah hadiah bulanan manakala 3,740 akaun bagi cabutan bertuah hadiah utama melibatkan jumlah kutipan lebih RM44 juta bagi penggal kedua bermula September hingga Disember 2023.

“116 unit hadiah keseluruhannya bernilai lebih RM300,000 ditawarkan terdiri daripada pelbagai hadiah seperti Stonbike Electric Mountain Bike, laptop Lenovo dan jam tangan Garmin, termasuk empat hadiah utama iaitu Motosikal Honda Vario.

Pembayar cukai menerima hadiah disampaikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad pada Majlis Penyampaian Hadiah Utama dan Bulanan bagi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPAJ Tahun 2023 di Pusat Konvensyen MPAJ pada 27 Januari 2024. Foto Ihsan Majlis Perbandaran Ampang Jaya

“Majlis penyampaian hadiah diadakan di Pusat Konvensyen MPAJ pada 27 Januari lalu untuk meraikan pemenang,” katanya.

Pada majlis sama, 50 pembayar cukai taksiran diberi penghargaan atas rekod baik dan komited menjelaskan bayaran cukai taksiran mengikut tempoh tanpa gagal sejak 1992 hingga 2023.

“5,517 pemilik akaun cukai taksiran dikenal pasti sebagai pembayar cukai yang baik.

“Daripada jumlah ini, 50 pemilik bertuah dipilih untuk menerima hadiah dan sijil penghargaan melalui sistem cabutan bertuah. Antara hadiah yang disampaikan sebagai tanda penghargaan adalah Ipad Pro 128GB, Foldable Electric Bicycle, dan kepingan emas 999,” katanya.

MPAJ menambah cabutan bertuah kempen membayar cukai akan diteruskan tahun ini sebagai tanda penghargaan buat pembayar yang komited menjelaskan cukai taksiran masing-masing.


Penerima menerima hadiah utama disampaikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Dr Ani Ahmad pada Majlis Penyampaian Hadiah Utama dan Bulanan bagi Cabutan Bertuah Cukai Taksiran MPAJ Tahun 2023 di Pusat Konvensyen MPAJ pada 27 Januari 2024. Foto Ihsan Majlis Perbandaran Ampang Jaya

“Antara hadiah menarik menanti pemenang adalah empat motosikal Yamaha untuk hadiah utama dan hadiah bulanan seperti Televisyen (Smart TV) 65 inci, peti sejuk, mesin basuh dan penapis udara.

“Cabutan bagi pemenang bertuah hadiah bulanan akan dibuat bermula Mac-Jun bagi penggal pertama 2024 dan September-Disember bagi penggal kedua 2024 manakala cabutan pemenang bagi hadiah utama akan dilaksanakan pada hujung penggal pertama dan kedua,” katanya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen boleh layari www.mpaj.gov.my atau ikuti Facebook rasmi MPAJ.


Pengarang :