Wakil setiap pasukan bergambar selepas majlis cabutan undian Liga Super Wanita FAS edisi ketiga anjuran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 28 Januari 2024. Foto FITRI HAZIM HAZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

14 pasukan buru trofi Liga Super Wanita FAS 2024 bermula 3 Februari

KLANG, 29 JAN: Sebanyak 14 pasukan bakal berentap dalam Liga Super Wanita Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Stadium Arena Majlis Bandaraya Subang Jaya mulai 3 Februari.

Berdasarkan sesi undian di Hotel Wyndham Acmar di sini malam tadi, tujuh pasukan dijadual beraksi dalam enam perlawanan dengan empat pasukan teratas akan layak ke suku akhir.

Setiausaha agung FAS berkata edisi ketiga kejohanan itu disertai lebih 500 pemain membabitkan 95 perlawanan, dengan format lebih panjang dan kompetitif diperkenal tahun ini.

Izrin Nabil Ismail menjelaskan dua kejohanan lain turut diketengahkan kali ini iaitu Piala Konfederasi dan Piala FA, kedua-duanya diadakan dalam format secara kalah mati.

“Tiga pasukan terendah dalam setiap kumpulan Liga Super akan bersaing dalam Piala Konfederasi secara kalah mati. Kedudukan kelima liga akan mendapat laluan ‘bye’ dan layak ke separuh akhir.

“Kejohanan Piala FA membabitkan 14 pasukan juga diadakan dalam format sama. Jumlah pasukan bertambah kepada dua iaitu Selangor FC dan SSS Leopard merupakan ‘feeder team’,” katanya.

Liga tahun ini turut menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 untuk pasukan juara.

Terdahulu, Mohd Fairuz Mohd Noor daripada MBSJ FC diumum Jurulatih Terbaik, manakala Haniz Zahra Ab Halim (PNSB) dianugerahkan Pemain Terbaik Liga Super Wanita FAS 2023.

Pemain Kelana United Intan Serah Anisah Zulgafli merangkul anugerah Gol Terbaik melalui undian peminat.

Berikut keputusan undian Liga Super Wanita FAS 2024 dan Piala FA:

Liga Super Wanita FAS 2024

Kumpulan A

  • FC Japan MY
  • MBPJ FC
  • UITM United
  • Sternen
  • MBSJ FC
  • FC Swat
  • Selangor FC

Kumpulan B

  • Galaxi Girls
  • Perkemas
  • Spicegals
  • PNSB
  • Real CJ
  • SA United
  • SSS Leopard

Piala FA

  • FC Swat lawan Spicegals
  • MBPJ FC lawan SSS Leopard
  • SA United – laluan ‘bye’
  • PNSB lawan Real CJ
  • UITM United lawan Galaxi Girls
  • FC Japan MY – laluan ‘bye’
  • Selangor FC lawan Perkemas
  • Sternen lawan MBSJ FC

 

 

 

 

*Kapsyen Foto 1: Wakil setiap pasukan bergambar selepas majlis cabutan undian Liga Super Wanita FAS bagi edisi ketiga anjuran Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di Hotel Wyndham Acmar pada 28 Januari 2024

 

*Kapsyen Foto 2: Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Komunikasi Korporat Menteri Besar Se


Pengarang :