ADN Rawang Chua Wei Kiat (tengah) bergambar di hadapan Kompleks Komuniti Selangor Penyayang bagi kegunaan penduduk setempat yang akan dibuka pada Februari 2024. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNBERITA UTAMASELANGOR

ADN manfaat dana Projek Selangor Penyayang bina dewan serbaguna

SHAH ALAM, 23 JAN: Sejumlah RM400,000 dibelanjakan menerusi Projek Selangor Penyayang (PSP) bagi membina Kompleks Komuniti di Kampung Sungai Bakau sempadan Bandar Country Home, Rawang.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Chua Wei Kiat menjelaskan projek bermula Jun tahun lalu dijangka siap bulan depan dan bakal memanfaatkan lebih 1,000 penduduk di kawasan berhampiran.

“Saya mendapat aduan dan rungutan penduduk setempat tiada dewan awam dalam kawasan ini, maka pada Jun tahun lalu projek ini diluluskan dan mula dilaksanakan.

“Sekarang 90 peratus siap dan bakal dibuka kepada umum bulan depan. Saya harap penduduk dapat memanfaatkan kemudahan awam ini sebaiknya dan elak vandalisme,” katanya ketika dihubungi.

Selain boleh menganjurkan pelbagai majlis, Wei Kiat menambah dewan tersebut juga menyediakan kemudahan sukan seperti gelanggang badminton dan bola keranjang.

Belanjawan Selangor 2024 memperuntuk RM24 juta untuk meningkatkan kualiti kemudahan awam dan membina prasarana baharu termasuk di pangsapuri kos rendah serta sederhana lebih 15 tahun.

 

Facebook Chua Wei Kiat


Pengarang :