Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn Bhd Nor Azlina Amran (tiga, kiri) dan penyanyi Syamel (tiga, kanan) ketika sidang media program Wacana Srikandi di SACC, Shah Alam pada 24 Januari 2024. Foto SHEEDAFATHIL/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel serikan Wacana Srikandi 5 Mac

SHAH ALAM, 24 JAN: SACC Convec Sdn Bhd bakal menganjur program Wacana Srikandi pada 5 Mac depan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia.

Ketua pegawai eksekutifnya berkata program julung kali di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) akan menampilkan artis terkemuka Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel.

“Program ini bertujuan memperingati peranan wanita dalam pelbagai bidang dan memberi inspirasi kepada generasi baharu mencapai kejayaan terutama dalam bidang kerjaya dan kehidupan.

“Bertemakan ‘Memperkasakan Wanita, Mengarus Perdana Gender’, program ini menawarkan pelbagai acara menarik yang akan menyentuh aspek keusahawanan, seni dan pembangunan diri,” kata Nor Azlina Amran.

Beliau menambah program turut diserikan dengan forum tokoh usahawan Malaysia yang dikendali personaliti terkenal, Fedtri Yahya yang membicarakan peranan wanita dalam aspek ekonomi dan sosial.

“Antara panel yang hadir adalah Pengasas Chatime Malaysia Aliza Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn Bhd Aleeya Zailan dan penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor Masitah Mohd Affandy.

“Turut diadakan pertunjukan fesyen daripada pereka terkenal Jedan dengan rekaan ekslusif bertemakan Cahaya Aidilfitri yang akan memperagakan 30 pasang baju raya direka khas sempena program tersebut,” ujarnya.

Bermula jam 10 pagi hingga 3 petang, mereka yang berminat boleh mendapatkan tiket berharga dari RM3,500 hingga RM6,000 per meja menerusi laman sesawang http://www.eventx.com.my


Pengarang :