SHAH ALAM, 27 JAN: Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menjual barangan asas murah diteruskan ke empat lokasi hari ini.
Jualan bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari diadakan di Taman Rekreasi Tasik Baginda (Dengkil), Jalan Bukit Kemuning, pejabat Ahli Majlis MBSA (Kota Kemuning), Taman Dagang Jaya (Lembah Jaya) dan Dataran KRT Fasa 3 (Semenyih).
Manakala esok JER akan diadakan di Pangsapuri Taman Sri Serdang (Seri Serdang), padang serbaguna Green Park (Rawang), Jalan Dato Abdul Hamid 4 (Sentosa) dan perkarangan SK Tropicana (Bandar Utama).
JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 setiap pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM10).
Sebelum ini, PKPS memaklumkan JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di beberapa cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.
Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS