Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berucap pada program Dialog Ketua Polis Johor bersama Warga Felda Tenggaroh di Tanjung Leman pada 20 Feb 2022. Foto Facebook Polis Johor
AGENDAJENAYAH

Dakwaan ketua polis balai kasari orang awam disiasat

JOHOR BAHRU, 12 JAN: Polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan ketua polis balai melakukan kekerasan terhadap orang awam, seperti video yang tular menerusi media sosial hari ini.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya mengesan video berdurasi 37 saat itu menerusi laman X pada 3.11 petang tadi, yang turut memetik nama pegawai polis berkenaan serta jawatannya.

“Pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi tampil membuat laporan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya.

Terdahulu, video berkenaan memaparkan seorang lelaki yang didakwa merupakan ketua polis balai, menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut seorang lelaki di tempat awam yang tidak dinyatakan.

– BERNAMA


Pengarang :