Foto Facebook Selangor FC
AGENDABERITA UTAMASUKANKINI

Diskaun produk Selangor FC hingga 70 peratus mulai hari ini hingga 7 Januari

SHAH ALAM, 3 JAN: Kelab bola sepak Selangor menawarkan diskaun jualan produk sehingga 70 peratus bermula hari ini hingga 7 Januari.

Menurut kenyataan di Facebook, jualan penghabisan stok itu diadakan di kedai rasmi kelab yang terletak di Pusat Latihan Selangor FC, Seksyen 5, di sini.

“Berita baik untuk semua peminat Gergasi Merah. Kami akan adakan jualan penghabisan stok bermula 3 hingga 7 Januari ini.

“Promosi ini hanya sah secara eksklusif kepada pelanggan yang datang ke kedai rasmi kami di Pusat Latihan Selangor FC. Jumpa anda di sana,” menurut kenyataan di Facebook Selangor FC.

Selangor layak ke saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas muncul naib juara Liga Super.

Kali terakhir skuad Gergasi Merah membuat penampilan di kejohanan elit peringkat Asia adalah pada aksi  2016.


Pengarang :