Hentian Bas Smart Selangor dilengkapi sistem pengurusan lalu lintas pintar (ITMS) yang boleh memantau lalu lintas secara masa nyata bagi membantu pengguna mengelak kesesakan. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Dua laluan khas Bas Smart Selangor sempena Thaipusam mulai esok

SHAH ALAM, 23 JAN: Laluan khas bagi bas percuma Smart Selangor akan disediakan untuk kemudahan orang ramai sempena sambutan Thaipusam selama dua hari bermula esok.

Laluan pertama dari Batu Arang ke Warta Lama, Taman Seri Selayang manakala laluan kedua dari Kundang ke Warta Lama, Taman Seri Selayang.

Orang ramai boleh melayari pautan https://myrapidbus.prasarana.com.my/kiosk untuk menjejak perjalanan bas.

Sejak diperkenal pada 2015, Bas Smart Selangor mencatat lebih 60 juta penumpang yang mana sebanyak 166 bas disediakan ke 50 laluan dengan peruntukan tahunan RM45 juta.

Penggunaan tertinggi direkodkan pada 2019, iaitu 15.6 juta penumpang merangkumi laluan ke institusi kerajaan, sekolah, pusat perubatan kerajaan dan pusat komersial.

Laluan dan waktu perkhidmatan Bas Smart Selangor sempena Thaipusam:

 


Pengarang :