Wakil rakyat DUN Najwan Halimi Kota Anggerik menyerahkan sumbangan sempena Pesta Ponggal di Dewan MPP MBSA Zon 5, Seksyen 16 Shah Alam pada 7 Januari 2024. Foto Facebook Najwan Halimi
ADNSELANGOR

DUN Kota Anggerik belanja RM13,000 meriahkan Pesta Ponggal

SHAH ALAM, 14 JAN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik berbelanja RM13,000 bagi memeriahkan Pesta Ponggal yang akan disambut masyarakat India.

Wakil rakyatnya Najwan Halimi berkata 200 keluarga di kawasan itu menerima bantuan berupa periuk tanah liat dan barangan makanan asas.

“Sumbangan ini untuk digunakan mereka yang bakal menyambut perayaan Pesta Ponggal ini bermula esok.

“Semoga bantuan ini dapat memberi manfaat dan memberi kegembiraan buat mereka,” katanya ketika dihubungi.

Pesta Ponggal merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh etnik Tamil dan bertujuan memberi rehat kepada pesawah dan ternakan.


Pengarang :