EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari merasmikan majlis Pelancaran Insentif Penjagaan Anak Bagi Wanita Bekerja (MamaKerja) di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 26 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

EXCO: 3,835 permohonan insentif MamaKerja lulus setakat minggu lalu

SHAH ALAM, 18 JAN: Sebanyak 3,835 permohonan insentif penjagaan anak kepada wanita bekerjaya diluluskan Kerajaan Negeri setakat minggu lalu.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berkata baki 1,165 pemohonan insentif MamaKerja sedang diteliti untuk pengesahan dokumen.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berucap pada majlis Pelancaran Insentif Penjagaan Anak Bagi Wanita Bekerja di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam pada 26 Oktober 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kuota insentif ini kita sediakan sebanyak 5,000 penerima dan setakat ini 3,835 pemohonan telah diluluskan. Baki permohonan lain sedang dalam pengesahan dokumen.

“Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk menambah kuota penerima MamaKerja,” katanya ketika dihubungi.

Kerajaan Selangor memperkenal insentif penjagaan anak bagi meringankan kos wanita bekerja yang memanfaatkan 5,000 wanita seluruh negeri.

Inisiatif MamaKerja yang mula dibuka bermula 1 November itu merupakan antara manifesto kerajaan perpaduan yang ditawar kepada rakyat Selangor pada pilihan raya negeri Ogos lalu.

Pelaksanaannya bagi menyokong penglibatan wanita dalam tenaga buruh selaras Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

Melibatkan peruntukan RM5 juta, skim tersebut layak dimohon wanita bekerja memiliki tiga anak berusia bawah 12 tahun dengan pendapatan isi rumah tidak lebih RM8,000.

Syarat kelayakan lain seperti berikut:

  • wanita bekerja dan bermajikan
  • rakyat Selangor (lahir di Selangor atau bermastautin di Selangor melebihi 10 tahun)
  • mengundi di Selangor
  • berpendapatan isi rumah RM8,000 ke bawah
  • individu yang mempunyai akaun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • bukan penerima bantuan Asuh Pintar, Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas) dan Tunas

Pengarang :