AGENDANASIONAL

Gombak, Petaling antara enam daerah diramal hujan lebat hingga 5 petang

SHAH ALAM, 23 JAN: Enam daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 5 petang ini menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu memaklumkan daerah terlibat adalah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Cuaca sama diramal berlaku di Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Perak, Pahang dan Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :