AGENSISELANGOR

Hackathon data, digital Air Selangor tawar wang tunai RM10,000

SHAH ALAM, 3 JAN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) buat julung kali menganjur Hackathon Data dan Digital 2024 dalam usaha menyumbang kepada kemajuan pendigitalan industri perkhidmatan air.

Terbuka kepada individu, profesional dan pelajar universiti, pertandingan menawarkan wang tunai RM10,000 untuk tempat pertama diikuti RM5,000 (kedua) dan RM3,000 (ketiga).

“Hackathon Data dan Digital Air Selangor 2024 akan menjadi platform bagi peminat teknologi untuk berkongsi pandangan dan menyelesaikan set data raya yang kompleks dengan menggunakan aplikasi sains data.

“Tidak kira yang baru atau pakar dalam bidang ini, sekiranya anda mempunyai pengetahuan dan kemahiran menyelesaikan masalah dalam bidang teknologi sains data, anda dijemput untuk menyertainya,” tulisnya di Facebook.

Turut terbuka kepada kakitangan, Air Selangor menawarkan wang tunai RM2,000 kepada pemenang.

Sebarang maklumat lanjut atau pendaftaran boleh layari https://digital.airselangor.com/hackathon/


Pengarang :