Ahli Dewan Negeri Seri Setia Dr Fahmi Ngah (tengah) bergambar bersama guru dan pelajar ketika menyerahkan sumbangan alat tulis dan air kotak kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sunway, Subang Jaya pada 29 Januari 2024. Foto Facebook Dr. Fahmi Ngah
ADNSELANGOR

Hampir 600 calon SPM di DUN Seri Setia terima set alat tulis, air kotak

SHAH ALAM, 31 JAN: Seramai 592 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari tiga sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menerima set alat tulis dan air kotak.

Wakil rakyatnya berkata sumbangan bernilai RM5,850 itu bagi memastikan pelajar dari keluarga berpendapatan rendah (B40) mempunyai kelengkapan yang cukup untuk menduduki peperiksaan.

“Seramai 322 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya menerima sumbangan berkenaan selain, SMK Bandar Sunway (141) dan SMK Lembah Subang (129).

“Setiap pelajar diberi set alat tulis mengikut spesifikasi SPM iaitu pensil 2B, tiga batang pen, pengasah pensil, pemadam, pembaris dan dibekalkan enam air kotak,” kata Dr Fahmi Ngah ketika dihubungi.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia memaklumkan seramai 395,870 calon menduduki peperiksaan SPM di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.

 

 

 


Pengarang :